Himaya H99 Premium Face Respirator 20's - Pink Dew
Pink Dew Bangkit Aura Sweet & Feminin Buat Hijabi
Memperkenalkan keluaran pelitup muka terbaru Himaya H99 Premium Face Respirator – Pink Dew. Keluaran kedua H99 dengan rona warna merah jambu lembut, tampak ‘sweet & feminin’ apabila digayakan dengan pelbagai stail si pemakai. Pelitup muka H99 ini direka untuk menghalang kemasukan udara yang tidak ditapis dengan bahagian flap terletak kemas pada wajah anda. Ia akan memberikan anda perlindungan berganda dari semua sisi pelitup muka. Dengan dua lapisan kain penapis melt blown, ia dapat meningkatkan kecekapan penapisan pelitup muka untuk perlindungan berganda terhadap virus. Reka bentuk 3D yang inovatif membolehkan lebih banyak ruang antara mulut dan pelitup muka anda serta mengurangkan risiko pemakai membetulkan semula pelitup muka tersebut. Dibuat dengan kain penapis melt blown dengan ≥ 99% BFE (Kecekapan Penapisan Bakteria) dan ≥ 99% PFE (Kecekapan Penapisan Zarah), produk ini dapat menghalang bakteria, pencemaran, debunga dan habuk dari persekitaran kita. Gegelung kepala yang lembut memberikan keselesaan berpanjangan bagi si pemakai hijab. Sesuai untuk kegunaan harian.
Keselesaan Berpanjangan Untuk Hijabi
H99 - Premium Face Respirator
Jalur Logam Dengan Span Lembut Anti-Peluh
Keluaran terbaru H99 ini menggunakan jalur logam dengan span lembut membuatkan pelitup muka terletak kemas dan tidak mudah berkabus supaya anda sentiasa selesa sepanjang hari.
≥ 99% BFE (Kecekapan Penapisan Bakteria)
BFE mengukur kecekapan penapisan pelitup muka menggunakan zarah (hidup) seperti (bakteria) yang bervariasi dari 5 mikron hingga 1 mikron.
≥ 99% PFE (Kecekapan Penapisan Zarah)
PFE mengukur kecekapan penapisan pelitup muka menggunakan zarah (tidak hidup) dengan ukuran tetap dari 1 mikron hingga 0.1 mikron.
2X Fabrik Melt-Blown
Dua kali ganda perlindungan daripada fabrik melt-blown untuk penyaringan zarah yang berkesan untuk memastikan anda selamat sepanjang hari.
Perlindungan 4 Lapis
Diperbuat daripada fabrik bukan tenunan premium dan melt-blown untuk memberikan perlindungan tambahan kepada si pemakai.
Gegelung Kepala Yang Selesa Untuk Hijabi
Rekaan gegelung kepala yang lembut memberikan keselesaan kepada pemakai hijab sepanjang hari.
Sesuai untuk Kulit Sensitif
Di lapisan paling dalam pelitup muka ini, terdapat fabrik bukan tenunan premium yang menjadikan pelitup muka ini sangat lembut pada kulit dan membantu mengurangkan iritasi pada kulit.
Asia Halal Brand Awards
Dianugerahkan dengan Asia Halal Brand Awards, menjadikan pelitup muka ini selamat digunakan.
Diperakui Yayasan Hijau Malaysia
Himaya menyokong dan berkolaborasi bersama Yayasan Hijau Malaysia. Setiap pembelian pelitup muka Himaya akan disumbangkan kepada program hijau Malaysia.
Pilihan Selebriti
Pelitup muka ini adalah pilihan terbaik selebriti kesayangan ramai.
Himaya H99 Premium Face Respirator 20's - Pink Dew
Subscribe for our latest news and be the first to know about our offers.
Size Guide