Mustika Ratu Jamu Selapan / Jamu Bersalin / Jamu Mustika Ratu / Post Natal Care ( Set Berpantang Ibu Bersalin / Set Pantang Ibu Bersalin )
.
How to use:
1. Tapel Raket Mustika Sejati
Ditumbuk dahulu Tapel Raket kemudian di campurkan dengan 1/2 sudu kapur sirih, perahan limau nipis dan 5 titisan minyak kayu putih. Sapukan pada perut kemudian ditampal dengan daun sirih atau daun mengkudu. Ia bertujuan mengeluarkan darah kotor di samping mengencangkan kembali kulit perut.
2. Berbengkung
Selepas menyapukan Tapel Raket pada perut, boleh berbengkung secara melilit bengkung dari bawah punggung sehingga ke atas perut. Biarkan seharian. Amalkan berbengkung ini selama 40 hari berturut-turut. Berbengkung dapat mengencangkan kembali otot perut agar dapat kembali `surut` dan langsing.
3. Pilis Wangi
Pilis Wangi ditumbuk dan dicampurkan dengan air biasa ( pekat ). Kemudian tampal diatas dahi. Biarkan Pilis Wangi sehingga kering. Ia berkhasiat menghilangkan lebam dibawah mata disamping menyegarkanya.
4. Bancar Air Susu
Dicampurkan dengan air biasa, sederhana pekat. Sapukan di sekeliling payu dara. Elakkan bahagian puting, biarkan ia kering. Ia membantu melancarkan susu ibu.
5. Parem Segar Sumyah
Dicampurkan dengan air biasa dan 10 titisan minyak kayu putih. Campuran hendaklah sederhana pekat dan sapukan pada kulit badan yang terdedah seperti lengan, kaki dan leher. Ia memberikan kehangatan dan memgelakkan dari masuk angin.
6. Jamu Galian Parem Wangi
Minumlah jamu Pil Galian Parem Wangi 5 biji setiap pagi bertujuan mengeluarkan darah kotor dan melncarkan air susu ibu.
7. Jamu Pulih Balung Sumsum
5biji diminum setiap petang untuk mengembalikan kesihatan ibu.
Subscribe for our latest news and be the first to know about our offers.
Size Guide